PRINSIP TAWAZZUN DALAM PELANCONGAN DAN HOSPITALITI / KUMPULAN 3 DHM2B




 PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya saya dapat menyiapkan e-folio untuk subjek Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam. Folio ini bertajuk Prinsip Tawazzun dalam pelancongan dan hospitaliti. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Ustaz Haider bin Ahmad Fazil, kerana banyak membantu dengan memberikan maklumat mengenai folio ini. Maklumat yang diberikan telah saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan folio ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak berkongsi maklumat berkaitan folio ini. Maklumat yang mereka kongsikan insyaAllah telah saya aplikasikan dengan sebaik-baiknya dalam menyiapkan folio ini.


PENDAHALUAN

     Tawazun adalah prinsip keseimbangan yang menekankan pentingnya untuk menghindari berlebihan (ifrath) atau terlalu lalai (tafrith) dalam menjalani kehidupan. Konsep ini tercermin dalam pelbagai aspek ajaran Islam, daripada ibadah sehinggalah kepada interaksi sosial. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu di dunia; dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.” (QS. Al-Qashash: 77)


    Ayat ini menegaskan kepentingan menjaga keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat, agar seorang Muslim dapat hidup dengan penuh keberkatan.


ISI-ISI PENTING: 

I.SEIMBANG DARI SUDUT ROHANI DAN JASMANI

    Syariat Islam telah menetapkan rukun-rukun iman serta ibadat-ibadat tertentu untuk mengukuhkan hubungan kerohanian kita dengan Allah. Selain itu, syariat Islam juga telah menetapkan hukum-hukum berkaitan dengan keperluan jasmani seperti nafkah, makanan, perhiasan, perkahwinan, pembahagian harta pusaka, prinsip ekonomi, dan perkara-perkara seumpamanya.



II.SEIMBANG MENGATUR KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

    Islam melarang kita untuk hanya fokus kepada amal ibadat tanpa mengambil kira tanggungjawab kita di dunia ini. Contohnya, tugas utama kita bukan sahaja sebagai hamba Allah yang perlu mematuhi segala perintah-Nya, tetapi kita juga bertindak sebagai khalifah yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini menurut syariat-Nya.




III.SEIMBANG DARI SUDUT PERUNDANGAN

    Perundangan Islam bersifat seimbang dengan mengatur perkara-perkara yang berkaitan dengan rohani dan jasmani. Contohnya, hukuman hudud bagi orang yang murtad bertujuan sebagai langkah pencegahan untuk memelihara akidah. Manakala, hukum hudud bagi kesalahan mencuri, minum arak, berzina, qazaf, dan merompak bertujuan untuk menjaga harta, akal, serta maruah kita daripada dicerobohi.




IV.SEIMBANG BERTETAPAN DENGAN FITRAH MANUSIA

    Islam membenarkan hiburan yang baik dan gurauan yang benar. Contohnya, nyanyian pada hari raya dan perkahwinan adalah dibenarkan oleh syarak. Begitu juga, perhiasan yang baik seperti emas, perak, kenderaan, dan seumpamanya diharuskan. Semua ini selaras dengan kehendak serta fitrah manusia.



VI. TAWAZUN DALAM EKONOMI

    Dalam islam,konsep tawazun juga diterapkan dalam kehidupan ekonomi.Prinsip ini mencakup :

  •  Menghindari pemborosan : Allah SWT tidak menyukai orang yang berlebihan dalam menghabiskan harta (QS . Al - Isra:27
  • Berzakat dan Bersedekah: Membantu yang memerlukan tanpa melupakan keperluan keluarga

Seorang muslim diajarkan untuk hidup sederhana, mengelola harta dengan bijak,dan berbagi rezeki kepada yang membutuhkan



KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulan, konsep Al-Tawazun terdapat dalam Islam. Kita dapat memahami bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menyeimbangkan kehidupan mereka antara kehidupan dunia dan akhirat. Sebahagian daripada kita mungkin salah faham bahawa kita perlu kelihatan miskin dan hidup serba dhaif di dunia ini, contohnya, kerana itu dianggap sebagai zuhud. Adakah kenyataan ini benar? Jelas sekali salah, kerana Islam sendiri menggalakkan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Seperti yang dilaungkan dalam azan, iaitu "Marilah menuju kejayaan". Kejayaan yang dimaksudkan adalah kejayaan di dunia dan juga kejayaan yang kekal abadi, iaitu syurga Allah S.W.T. Wallahualam.




RUJUKAN

INTERNET:

https://alfaruqrosli.blogspot.com/2017/07/al-tawazun_28.html

https://prinsiptawazzundalampelancongan.blogspot.com/2022/06/prinsip-tawazzun.html

https://www.dompetdhuafa.org/tawazun-dalam-islam/



Comments